Alami prestasi BMW xDrive yang mengagumkan di BMW eXperience 2023

A
A
A

No Image Caption

Bila bercerita tentang kereta dari jenama terunggul di dunia, BMW; pasti semuanya teruja dan tak menafikan kehebatan jentera keluaran BMW itu.

Namun, BMW seterusnya menguasai pula pasaran segmen kenderaan SUV dan pacuan semua roda dengan kemunculan siri XDrive yang terus memukau seluruh peminat kereta baik di dunia mahupun di Malaysia sendiri.

No Image Caption

Biarpun dengan perubahan iklim yang sukar dijangka, Tetapi dengan xDrive, sistem pacuan semua roda pintar BMW, jentera anda akan bertindak balas dengan cepat untuk membolehkan anda menikmati keseronokan pemanduan maksimum, walaupun di permukaan jalan yang paling sukar.

Walaupun semua sistem pacuan semua roda yang digunakan adalah mengikut istilah sama, namun BMW xDrive dikuasakan oleh lapisan kecerdasan tambahan, menjadikannya salah satu sistem pacuan semua roda yang paling teknikal dalam segmen ini.

Segala kepuasan 100 peratus dengan kereta elektrik BMW

Alami sensasi keseronokan pemanduan yang sepenuhnya baharu. Lagipun, tiada apa yang setanding dengan perasaan meluncur hampir senyap melalui lalu lintas di kawasan bandar mahupun luar bandar, tindak balas segera enjin elektrik dan pecutan unik dari pegun.

No Image Caption

Dan semua ini bebas daripada asap ekzos dan pelepasan pencemaran. Jom bersama BMW untuk meneroka dunia kereta elektrik BMW.

Dengan kereta elektrik BMW anda akan menikmati Pengalaman memandu yang benar-benar baharu dan penuh emosi. Apatah lagi dengan dinamika pemanduan penuh sensasi namun santai pastinya membuatkan anda kekal tenang biarpun menempuh perjalanan jauh.

Kereta elektrik BMW ini memang amat sesuai dengan gaya hidup masa kini yang mementingkan keseronokan pemanduan dan dalam masa sama mesra alam sekitar.

No Image Caption

Pengalaman menakjubkan itulah yang BMW ingin bawakan untuk dirasai sendiri oleh para peminat kereta di seluruh negara.

Alami pengalaman penuh keasyikan di BMW eXperience 2023

BMW menjemput bagi memenuhi hujung minggu anda yang lebih menarik di BMW eXperience 2023. Alami keseronokan dan penguasaan sistem pacuan semua roda BMW xDrive yang pintar sambil anda menakluki setiap rupa bumi dengan rangkaian X.

No Image Caption

Acara hujung minggu di seluruh negara ini bakal mempamerkan rangkaian X kereta BMW, di mana peserta boleh merasai dan meneroka keupayaan model masing-masing.

Turut disediakan juga simulator permainan golf dan motosikal bagi memberikan lebih keriangan kepada anda sekeluarga dan juga rakan-rakan.

No Image Caption

BMW juga turut mewujudkan pameran dan pendidikan produk supaya para pengunjung mendapat input yang berguna berkaitan dengan pelbagai model kereta BMW. Salah satu topik yang menarik ialah mengenai pengecasan untuk kenderaan SUV elektrik keluaran syarikat itu seperti BMX iX dan iX1.

Jadi terus pastikan anda tandakan di kalendar harian anda tarikh penting BMW eXperience 2023 supaya anda tak terlepas nanti.

No Image Caption

Terdapat sejumlah 4 acara merentasi wilayah berbeza iaitu Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW eXperience 2023 ini ada boleh layari laman sesawang BMW atau kunjungi Facebook Rasmi BMW dan Instagram Rasmi BMW.