Sila log masuk terlebih dahulu.

Tuduhan guna dana judi: PN pertimbang tindakan undang-undang

A
A
A

MOJO LIVE 26 MEI 2023

[MOJO LIVE] Prosiding sebutan kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

Presiden Bersatu itu juga turut memaklumkan Perikatan Nasional (PN) akan berbincang dengan peguamnya mengenai tindakan seterusnya berhubung dakwaan bahawa gabungan itu menerima dana daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen PRU15 tahun lepas.

Jelasnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan bahawa tuntutan itu tidak dapat disahkan, membuktikan bahawa dakwaan itu adalah fitnah dan satu pembohongan.

Beliau juga meminta perdana menteri dan timbalan perdana menteri membuat permohonan maaf terhadap fitnah itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian