Sila log masuk terlebih dahulu.

Sedia pakar agama di Tanah Suci jawab persoalan jemaah haji

A
A
A

BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Sebelum jemaah haji berangkat ke Tanah Suci, Tabung Haji (TH) telah mengadakan kursus haji bagi memberikan persediaan yang secukupnya kepada tetamu ALLAH (SWT) itu, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.

Lazimnya kursus haji terbahagi kepada empat bahagian iaitu Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji dan Kursus Perdana Haji.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan dari semasa ke semasa akan wujud kekeliruan dalam kalangan jemaah berhubung aspek hukum apabila mereka berada Makkah dan Madinah.

Bagi mengelakkan jemaah haji bertambah keliru dengan merujuk kepada ‘pakar tidak bertauliah’, TH turut menyediakan pasukan yang pakar dalam sudut agama di Tanah Suci untuk menjawab setiap persoalan yang timbul.

Menurut Pengurus Ibadat dan Ziarah di sektor Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman, pihaknya mempunyai lapan pembimbing ibadat yang terdiri daripada empat orang untuk zon satu dan dua, manakala bakinya bertugas bagi menyantuni jemaah bagi urusan ziarah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259711/berita/kemusykilan-ibadat-akan-dijawab-segera

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian