Sila log masuk terlebih dahulu.

Amalan monopoli tidak boleh diteruskan - PM

A
A
A

BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Kerajaan berpendirian bahawa amalan monopoli di negara ini tidak boleh diteruskan memandangkan ia tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya persaingan perlu digalakkan kerana ia mampu menjamin keselesaan kepada rakyat sebagai pengguna selain membantu ke arah kos yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sama ada monopoli lain oleh pihak kerajaan seperti dalam bekalan elektrik, air dan lebuh raya serta sekolah amanah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dipecahkan dengan semangat memecahkan monopoli.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian