Sila log masuk terlebih dahulu.

MP perlu hadir ke Parlimen untuk dengar jawapan - PM

A
A
A

BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Larut perlu hadir ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang diajukannya.

Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) membangkitkan soalan kepada Perdana Menteri dengan mempersoalkan sampai bilakah kecelaruan yang ditimbulkan dapat diselesaikan supaya rakyat dapat melihat negara yang lebih baik.

Sebelum itu beliau turut membangkitkan soalan mengenai dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian