30 minit untuk hidangan rendang

Apa yang anda perlukan hanyalah pes, kerisik dan santan dari Ayam Brand

A
A
A

Ayam Brand - semua yang anda perlukan untuk penyediaan hidangan rendang.
Ayam Brand - semua yang anda perlukan untuk penyediaan hidangan rendang.

RENDANG, hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia terutama ketika musim perayaan. Ia mengambil masa berjam-jam untuk dimasak dan menjadikan daging lembut dan berjus.

Pada api yang perlahan ia boleh mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam, malah sehingga 12 jam jika anda menggunakan periuk biasa.

Terima kasih kepada pek permulaan Ayam Brand, kini anda boleh menikmati rendang hanya dalam masa setengah jam!

Apa yang anda perlukan hanyalah Pes Rendang Ayam Brand, Kerisik Ayam Brand dan Santan Ayam Brand, kemudian boleh mula memasak rendang yang sedap. Hanya tambah daging pilihan anda.

Produk berkualiti

Ayam Brand, jenama isi rumah yang terkenal bagi pengguna Malaysia, berpengalaman lebih 130 tahun dalam perniagaan pembuatan makanan.

Baru-baru ini Ayam Brand melancarkan rangkaian baharu pes rendang yang dibuat tanpa bahan pengawet, penambah rasa, tambahan monosodium glutamat (MSG) mahupun bahan tambahan lain.

Kerisik tidak mempunyai pewarna, pengawet mahupun perasa tiruan; begitu juga dengan santan.

Selain rendang, Ayam Brand juga menawarkan tiga jenis pes untuk pengguna menyediakan hidangan cepat kari ayam, asam pedas dan sambal tumis – sesuai untuk isi rumah yang sibuk sambil mengekalkan rasanya yang asli.

Rendang siap dihidangkan bersama nasi hanya dalam 30 minit.
Rendang siap dihidangkan bersama nasi hanya dalam 30 minit.

Kaedah memasak

Hanya tiga langkah dan 30 minit, itu sahaja yang diperlukan!

Langkah 1: Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan Pes Rendang Ayam Brand dan tumis hingga naik bau.

Langkah 2: Masukkan 500g ayam/daging/makanan laut ke dalam periuk, kacau sehingga separuh masak. Tuangkan 120ml Santan Ayam Brand dan kacau bersama daging.

Langkah 3: Tambah satu pek Kerisik Ayam Brand 40g untuk memekatkan hidangan. Kacau, pastikan daging dengan kerisik bersalut rata.

Teruskan kacau sekali-sekala sehingga pecah minyak - menandakan rendang yang dimasak dengan baik. Semua selesai dalam 30 minit. Semudah itu!

Jika sebelum ini anda tidak berminat memasak rendang kerana prosesnya yang panjang, kini Ayam Brand telah memudahkannya.

Burger rendang.
Burger rendang.

Walaupun rendang biasanya dimakan dengan nasi, ia juga boleh menjadi burger yang sempurna. Ikuti langkah-langkah ini.

Langkah 1: Potong chuck roast kepada kiub 5cm. Tumiskan daging dalam kuali dengan dua sudu minyak masak sehingga bahagian tepi berwarna perang. Masukkan semangkuk stok daging lembu kemudian pindahkan ke dalam periuk tekanan dan masak sehingga empuk. Kemudian cincang daging lembu menjadi jalur kecil.

Langkah 2: Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan Pes Rendang Ayam Brand dan tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit bawang besar dan kacau hingga sebati.

Langkah 3: Masukkan daging lembu dan gaul rata bersama pes rendang. Kemudian, masukkan 100ml Santan Ayam Brand diikuti sebungkus 40g kerisik Ayam Brand untuk memekatkan hidangan.

Langkah 4: Padankan burger dengan salad dan keju pilihan anda.

Di manakah boleh dibeli?

Produk Ayam Brand boleh didapati di AEON, AEON BiG, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, HeroMarket (kedai terpilih), MYDIN, Econsave dan peruncit Matahari. Anda juga boleh membelinya dari kedai rasmi Ayam Brand di Lazada dan Shopee.

Pes Ayam Brand (180g) - RM5 seunit

Kerisik Ayam Brand (40g) - RM1.20 seunit & pek 100g - RM2.60 seunit.