Sila log masuk terlebih dahulu.

Tukang kebun mengaku dera anak kekasih

A
A
A

BERITA SEMASA 17 MEI 2023

Seorang tukang kebun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu kerana mendera anak perempuan teman wanitanya yang berusia 4 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tertuduh, Abdul Rahman Abdullah berusia 37 tahun melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Chin Hwa, Taman Shatau di Ipoh antara bulan April hingga 9 Mei 2023.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut telah didapati melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel: https://bit.ly/3Mf13cm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com