Liverpool tiada pilihan kecuali tingkat tekanan

Klopp
Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menggesa pemain The Reds untuk mengekalkan tekanan ke atas pesaing Liga Perdana Inggeris dalam dua perlawanan terakhir musim ini.

Desakan bekas pengurus Borussia Dortmund itu hadir setelah menyifatkan Liverpool memilih kebangkitan pada penghujung musim untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas.

Terdahulu, Liverpool mengesahkan slot Liga Europa musim depan selepas kemenangan bergaya 3-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power.

Tiga mata hasil jaringan Curtis Jones (minit ke-33, m-36) dan Trent Alexander-Arnold (m-71) membolehkan Liverpool ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga keempat Manchester United dan Newcastle United di tangga ketiga, walaupun kedua-dua pasukan mempunyai satu perlawanan dalam tangan masing-masing.

Klopp, yang pasukannya kini dalam tujuh kemenangan berturut-turut, berkata, enam minggu lalu dia mempunyai keraguan tentang peluang Liverpool untuk bermain di Eropah musim depan.

"Saya tidak percaya ia boleh berlaku dalam keadaan prestasi dan keputusan dijelmakan pasukan sejak kebelakangan ini.

“Apa yang kami kurang pada masa itu adalah konsisten dan hanya ada satu peluang untuk kami berada dalam situasi ini yakni memenangi hampir semua perlawanan bola sepak.

“Selebihnya bukan di tangan kami sendiri, namun kami tahu perlu memenangi semua perlawanan sehingga akhir musim untuk mendapat peluang.

"... Anda berharap pihak lawan hanya kalah dan anda mempunyai tekanan seperti itu dari bahu anda. Tugas kami adalah untuk mengekalkan tekanan secara tenang dan santai," kata Klopp.

Liverpool menerima kunjungan Aston Villa di Stadium Anfield pada Sabtu sebelum terbang ke Stadium St Mary's berdepan Southampton, yang telah disahkan penyingkiran untuk perlawanan terakhir pada 28 Mei.