Seorang lagi maut, lima beranak korban tragedi berdarah

Semasa kejadian, lima beranak itu dalam perjalanan ke Tapah menaiki kereta jenis Proton Saga dipandu Muhammad Azib.
Semasa kejadian, lima beranak itu dalam perjalanan ke Tapah menaiki kereta jenis Proton Saga dipandu Muhammad Azib.
A
A
A

KAMPAR - Kanak-kanak lelaki yang kritikal dalam nahas mengorbankan ibu serta tiga adik-beradiknya di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini pada Selasa telah disahkan meninggal dunia.

Muhammad Fawwaz Nasarudin, 7, yang mengalami cedera parah dalam kejadian itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tapah pada jam 9.20 pagi.

"Mangsa dilaporkan kritikal dan baru sebentar tadi disahkan meninggal dunia.

"Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Tapah," katanya.

Dalam kejadian jam 2.27 pagi itu, ibunya, Azriyani Abdul Latif, 45, bersama Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, meninggal dunia di tempat kejadian.

Semasa kejadian, lima beranak itu dalam perjalanan ke Tapah menaiki kereta jenis Proton Saga dipandu Muhammad Azib.

Sampai di lokasi kejadian, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri.