Sila log masuk terlebih dahulu.

Tak akan hormat pandangan peribadi Annuar: Zahid

A
A
A
BERITA SEMASA 15 MEI 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menghormati pandangan peribadi dikeluarkan oleh bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, bekas ahli Parlimen Ketereh itu turut berkata, kehadiran puak sosialis, liberal dan DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO untuk terus meninggalkan parti tersebut.

Datuk Seri Ahmad Zahid juga membidas kenyataan dipercayai merujuk kepada Tan Sri Annuar berhubung soal kehadiran parti yang sebelum ini pernah bermusuhan dengan UMNO.

Artikel: https://bit.ly/3pHXGmY

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #UMNO #Zahid #Annuar