Anwar lawat pengasas ABIM terlantar uzur

Dari kanan: Razali, Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sesi ziarah berkenaan.
Dari kanan: Razali, Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sesi ziarah berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu meluangkan masa menziarahi pengasas yang juga merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razali Nawawi yang kini terlantar uzur.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau mendoakan semoga Razali diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Sebelum ke Kuala Terengganu saya sempat menziarahi saudara saya, Razali pengasas dan mantan Presiden ABIM pertama yang kini berada dalam keadaan uzur.

“Semoga Allah SWT memberikan afiyah dan kekuatan kepada beliau. Kepada Allah SWT kita berserah,” katanya menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik pada Sabtu.

Hantaran Anwar itu menerima perhatian daripada warga lama maya berkenaan.

Pemilik akaun bernama Che Jamilah Idris mendoakan agar Razali diberikan kesembuhan.

“Semoga Allah memberi kesembuhan kepada ustaz,” katanya dalam ruangan komen.

Sementara itu, individu bernama Noriyati Darasono menyifatkan lawatan Anwar itu membuktikan beliau tidak lupa kepada rakan seperjuangannya meskipun sibuk dengan tugas.

Dia pada masa yang sama turut mendoakan yang terbaik buat Razali.