Sila log masuk terlebih dahulu.

Dipenjara kerana simbah cat merah, beri notis ugutan

A
A
A

BERITA SEMASA 12 MEI 2023

Tiga lelaki termasuk dua beradik dihukum 26 hari penjara oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyimbah cat berwarna merah dan memberi notis berunsur ugutan di rumah dua wanita bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Hakim, Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ameerul Ridhuan Shamsudin, yang bekerja sendiri, Mohd Lutfi Laily, bekerja sebagai penghantar makanan dan Mohd Rusdy Safuan Laily, tidak bekerja selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh sebagai wakil pemberi pinjaman tanpa lesen didapati mengganggu peminjam wang iaitu seorang wanita berusia 41 tahun dengan menyimbah cat di pagar dan pekarangan rumah mangsa serta memberikan notis berunsur ugutan.

Artikel: https://go.sinar.la/44RYc1A

Muzik: Elevate dari www.bensound.com