Puteri Ariana menjanjikan ketenangan dan keselesaan

Projek kediaman PKNS ini berkonsepkan reka bentuk moden kontemporari dan tropikal amat ideal untuk kehidupan sempurna

A
A
A

No Image Caption

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mengorak langkah dalam sektor perumahan dengan melancarkan satu lagi projek kediaman iaitu Puteri Ariana di Kota Puteri.

Projek perumahan yang berkonsepkan reka bentuk moden kontemporari dan moden tropikal sesuai untuk didiami oleh golongan profesional, kakitangan swasta mahupun penjawat awam.

Bagi memenuhi keinginan dan keselesaan hidup berkeluarga kediaman di Puteri Ariana direka bentuk dengan memberi keutamaan kepada keluasan ruang keluarga dan ditambah pula dengan ruang balkoni atau langkan disediakan untuk bilik tidur utama.

Jadi seisi keluarga dapat menikmati kehidupan lebih selesa dengan ruang peribadi yang luas dan kehadiran tetamu atau sanak saudara yang bertandang bukan lagi satu masalah.

No Image Caption

Pendek kata, konsep keseluruhan pembangunan kediaman Puteri Ariana ini adalah melalui ciri-ciri perancangan yang kreatif dan menyediakan ruang-ruang untuk kediaman yang selesa dengan persekitaran harmoni.

Di Puteri Ariana, para pembeli akan menemui ketenangan dalam kehidupan dilingkari dengan gaya hidup serba moden. Dan sememangnya dua faktor itulah yang diidamkan oleh mereka yang mencari kediaman yang sempurna.

Ciri-ciri khas bagi kediaman Puteri Ariana ini adalah mengenai reka bentuk rumah adalah berkonsepkan moden kontemporari dengan mengambil kira faktor cita rasa dan seni bina masa kini iaitu moden kontemporari serta tropikal.

Lokasi strategik dan kemudahan lengkap

Bercakap tentang kedudukan projek Puteri Ariana ini, sudah semestinya tak boleh dipertikaikan lokasinya yang strategik terutamanya ketika ini kawasan Kota Puteri giat membangun.

No Image Caption

Akses mudah ke Lebuhraya LATAR. Guthrie dan Kuala Selangor memberi pelbagai kemudahan kepada pembeli untuk ke mana-mana. Lagipun jarak kawasan kediaman Puteri Ariana ke Kuala Lumpur masih dalam lingkungan ideal iaitu dalam 45 kilometer, membuatkan mereka yang bekerja di ibu kota masih tidak perlu memandu terlalu jauh untuk sebuah kawasan perumahan moden yang sedang membangun.

Manakala kawasan komersial paling dekat untuk anda membeli barangan runcit, mendapatkan perkhidmatan utiliti lain dan sebagainya adalah Pekan Ijok yang kedudukannya cuma 5 kilometer.

Kemudahan komuniti:

- Selangor Fruit Valley

- Pasar Basah Pasir Penambang

Terdapat 72 unit keseluruhan di mana 24 unit adalah Rumah Link 2 Tingkat yang berkeluasan 20 kaki x 70 kaki manakala 48 unit Rumah Link 2 Tingkat berkeluasan 22 kaki x 75 kaki.

No Image Caption

Sememangnya kediaman ini cukup luas, selesa dan ideal bagi mereka yang memiliki keluarga yang besar. Nilai tambah pula dengan penyediaan ruang anjung kereta yang lebih luas lebih memudahkan ahli keluarga memakir kenderaan masing-masing dalam kawasan kediaman.

Bila bercakap mengenai harga bila dirangkumkan dengan ciri konsep rekaan dan keluasan reka bentuknya, julat harga bagi kediaman di Puteri Ariana masih dikira dalam katergori mampu milik.

No Image Caption

Ini kerana harganya bermula daripada RM590,000 sehingga RM762,000 berdasarkan kepada keluasan rumah dan saiz lot. Diskaun istimewa disediakan terbuka kepada pembeli Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Diskaun istimewa juga ditawarkan untuk Loyalty Scheme dan juga bagi Early Bird. Malah turut disediakan pakej yang menarik. Memang berbaloi!

Jadi, apa tunggu lagi! Hubungi segera Bahagian Jualan Hartanah PKNS (PKNS Homes di talian 03-50220188 atau layari laman web PKNS untuk maklumat lebih lanjut.