Sila log masuk terlebih dahulu.

Tidak mustahil Pas kembali ‘berkawan’ dengan DAP - Mohamad

A
A
A

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan tidak mustahil sekiranya Pas akan kembali membentuk tahaluf siyasi bersama DAP dalam masa terdekat.

Jelasnya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini ‘berkawan’ dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Pas tidak berhak mengkritik mana-mana pakatan politik kerana parti itu juga mempunyai rekod bersekutu dengan parti politik lain demi kelangsungan politiknya sebelum ini.

Tambahnya, pendirian Pas tidak konsisten dan ia terbukti selepas parti Islam itu memutuskan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, Dr Mahathir sekali gus mengetepikan keyakinan politik mereka selain mendedahkan sikap kepura-puraan Pas.

Dalam pada itu, Mohamad secara sinis berterima kasih atas perikatan Pas dengan UMNO sebelum ini dan menyifatkan parti itu tidak boleh mengkritik PH apabila bersekutu dengan UMNO.

Pada 2018, Pas dan UMNO menubuhkan Muafakat Nasional untuk menentang PH yang membentuk kerajaan pusat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sementara itu, Mohamad berkata, cubaan Pas untuk menanam rasa takut dan fanatik agama dalam kalangan umat Islam di negara ini berpotensi membawa kepada kejatuhan negara.

Artikel: https://bit.ly/3nKhwgM

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian