Sila log masuk terlebih dahulu.

'Anwar: The Untold Story' buat PM tersentuh

A
A
A

'Anwar: The Untold Story' buat PM tersentuh

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh dengan filem "Anwar: The Untold Story” yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau.

Beliau berkata, walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus sama, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian sebenar.

Bagaimanapun, beliau sukar mengulas kerana ada episod sakit dan menyedihkan yang telah dilupakannya.

Anwar turut memuji hasil karya sutradara dari Indonesia itu yang disifatkan pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

Dalam pada itu, Anwar berharap berpeluang mendengar runut bunyi filem berkenaan berjudul "Menjaga Cintamu" nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang tidak sempat diperdengarkan pada sesi tayangan itu susulan masalah suntingan.

Sementara itu, Dr Wan Azizah bersyukur dan berharap agar filem berkenaan mampu menangkis semua persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap Anwar.

Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Artikel: https://bit.ly/42BfsX7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com