Jangan cari salah sesiapa - Eriksen

De Gea kecewa setelah gagal menyelamatkan percubaan pemain West Ham. -Foto: Agensi.
De Gea kecewa setelah gagal menyelamatkan percubaan pemain West Ham. -Foto: Agensi.
A
A
A

SESIAPA sahaja boleh melalukan kesilapan.” Demikian kata pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen yang mahu rakan sepasukan tidak menuding jari mencari salah sesiapa ketika mereka dalam misi memburu tempat Liga Juara-Juara musim depan.

The Reds berada dalam kedudukan bahaya ditekan Liverpool yang berada di tempat kelima ketinggalan hanya satu mata belakang, namun bermain lebih satu perlawanan.

Kesilapan David de Gea yang gagal menampan kemas memberi kemenangan 1-0 kepada West Ham pada perlawanan Ahad lalu.

Percubaan Said Benrahma dari jarak jauh yang gagal ditampan kemas penjaga gol berusia 32 itu menambah rentetan kesilapan yang dilakukan penjaga gol itu tahun ini.

“Keadaan menjadi sukar apabila David (de Gea) tergelincir. Sukar sebagai penjaga gol kerana jika anda melakukan kesilapan, ia adalah gol.

“Bagaimanapun dia juga adalah salah satu sebab di mana kita berada sekarang,” ujar Eriksen yang memenangi anugerah Kemunculan Semula Laureus selepas serangan jantungnya pada 2021.

Skuad The Reds bimbingan Erik ten Hag dilihat mula hilang tenaga ketika berkunjung ke Timur London yang juga aksi ke-57 musim ini.

United hanya memperoleh empat dari 12 mata yang ditawarkan.

Kegagalan layak ke Liga Juara-Juara bakal menjadi malapetaka buat The Reds dan Ten Hag yang juga mengakui ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mengukuhkan skuad musim panas ini.