Tak sangka perkenalan singkat bawa tuah

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyampaikan hadiah kepada Mohd Zulhilmi dan Muhamad Sobri,
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyampaikan hadiah kepada Mohd Zulhilmi dan Muhamad Sobri,
A
A
A

LANGKAWI - Dua sahabat yang hanya menegur sapa di media sosial tidak menyangka 'tuah' perkenalan singkat mereka itu, dapat memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Cabaran 24 jam ke Pulau Langkawi, pada Ahad.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan dua tiket penerbangan pergi balik ke Bali, Indonesia tajaan sumbangan AirAsia.

Pasukan kumpulan Sob dan Weng, Mohd Zulhilmi Abdullah, 32, berkata, dia mengajak rakannya, Muhamad Sobri Yaacob secara spontan walaupun tidak mengenali rapat individu tersebut, namun dapat merasai keserasian dari segi idea, pandangan dan kreativiti.

"Untuk satu video, saya berpandangan ingin melakukan konsep balik kampung dengan memakai pakaian warisan iaitu baju Melayu untuk ke hadir pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) dan disokong oleh Mohd Sobri.

"Ia juga mungkin antara faktor dalam memberi kelebihan kepada pemarkahan. Tidak salah untuk mencuba,kerana belum ada lagi individu atau pihak lain yang memakai pakaian baju Melayu Ke LIMA'23

Para peserta yang memenangi hadiah bagi Pertandingan 24 Hours Challenge.
Para peserta yang memenangi hadiah bagi Pertandingan 24 Hours Challenge.

"Yang penting apa yang ingin dizahirkan itu menerusi visual itu cantik dengan mengikut jangka masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) selain seiring dengan bajet diperuntukkan," katanya ketika ditemu bual di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausahanya, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Selain itu, tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan dua tiket penerbangan pergi balik ke Phuket, Thailand.

Tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta dua tiket penerbangan pergi balik ke Singapura.

Pemenang video paling kreatif menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Dalam pada itu, Muhamad Sobri, menyifatkan pertandingan itu tidak mudah kerana perlu menyelesaikan misi dalam tempoh yang singkat.

Tambahnya, sepanjang perjalanan mereka ke Langkawi sebanyak lima video pendek perlu dilakukan, biarpun mencabar tetapi ia dapat diatasi.

"Meskipun, pada mulanya memang banyak halangan, iaitu bagaimana nak aturkan perjalanan ke Langkawi dengan misi-misi yang wajib dilaksanakan dalam tempoh 24 jam sahaja.

"Jadi, disebabkan itu kami berpendapat pemilihan terbaik adalah menggunakan mod pengangkutan awam melalui udara berbanding darat (menjimatkan masa dan wang)," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat MOT, Muhammad Sabri Salleh berkata, dua tahun akan datang, pihaknya akan melaksanakan sebaik mungkin dalam mengadakan Pertandingan Cabaran 24 jam.

Muhammad Sabri
Muhammad Sabri

Ujarnya, berdasarkan pemerhatian sambutan yang menggalakkan, kemungkinan MOT akan menambah lagi kategori atau jumlah penyertaan kepada pihak media dan pempengaruh.

"Bagi hadiah pula, jika tahun akan datang dengan jangka masa yang lebih panjang kita boleh dapatkan lebih ramai penaja terdiri daripada agensi dibawah pengangkutan untuk berikan sokongan.

"Mungkin juga mendapat kerjasama daripada maritim, logistik, udara dan darat seperti memberi tiket ETS atau bas secara percuma," jelasnya.