Sila log masuk terlebih dahulu.

Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

A
A
A

[MOJO LIVE] Sidang media keputusan akhir kes pembelaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, lapor wartawan Sinar Harian Izwan Rozlin dan jurukamera Meer Yusoff.

Siti Bainun didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.