Haaland belum capai prestasi sebenar

Haaland - Foto AFP
Haaland - Foto AFP
A
A
A

PEP Guardiola memberi amaran bahawa musim kedua Erling Haaland di Manchester City mungkin lebih baik daripada musim pertamanya.

Haaland bakal mencipta rekod baharu jumlah jaringan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kempen pertama yang sensasi di Stadium Etihad.

Pemain Norway itu menjaringkan gol ke-34 dalam saingan EPL dan 50 gol untuk semua kejohanan musim ini selepas kemenangan 2-1 ke atas Fulham Ahad lalu.

Ia meletakkan pemain itu setanding legenda EPL, Andy Cole dan Alan Shearer dengan enam perlawanan liga yang berbaki dan sekali gus akan menetapkan penanda aras baharu dalam saingan liga itu.

"Selalu saya berkata akan menjadi sukar apabila anda melihat apa yang telah dia lakukan dan jika dia tidak menjaringkan gol orang akan berkata bahawa dia sangat teruk.

"Saya fikir dia mempunyai keinginan untuk menjadi pemain lebh baik. Selagi dia ada di sini, dia boleh melakukannya," katanya.

Guardiola juga percaya Haaland yang menyertai City pada musim panas lalu selepas meledak 86 gol dalam 89 penampilan untuk Borussia Dortmund mempunyai keazaman untuk memecahkan rekod di EPL.

"Ya, saya fikir begitu. Saya mengenalinya dan dia sangat kompetitif dan positif terutama dalam cara berfikir. Dia mempunyai keyakinan diri yang luar biasa dan positif.

"Ia adalah keyakinan dalam diri Haaland untuk meledak gol dan sudah menjaringkan 50 gol menyamai rekod dua legenda Andy Cole dan Alan Shearer," katanya.