Sila log masuk terlebih dahulu.

'Jika nak peruntukan, pembangkang kena runding dengan Anwar'

A
A
A

BERITA SEMASA 1 MEI 2023

Pihak pembangkang perlu datang berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mahukan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, Ahli Parlimen Tambun itu berulang kali menyatakan kesediaan untuk memberikan peruntukan sekiranya pemimpin pembangkang berbincang dengannya.

Menurut beliau, Perikatan Nasional perlu hentikan serangan ke atas Anwar dan Kerajaan Perpaduan sebaliknya menjalinkan hubungan baik bagi membolehkan federalisme berjalan lancar.

Selain itu, meskipun Datuk Seri Anwar telah memperkenalkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada setiap Selasa, namun pemimpin utama pembangkang sentiasa tidak kelihatan.

Bagaimanapun katanya, apabila kerajaan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri termasuk negeri pembangkang, terdapat pihak menuduh Datuk Seri Anwar menjalankan kempen politik.

Mohammad Agus tidak menafikan bahawa Kerajaan Perpaduan masih terdapat banyak kekurangan, namun Perdana Menteri mendengar dan berusaha keras untuk mempercepatkan reformasi yang dijanjikannya.

Artikel: https://bit.ly/3oU5AsU

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian