Pekerja syarikat minyak Shell di Nigeria kena culik

Shell terlibat dalam penghasilan minyak dan gas di Nigeria.
Shell terlibat dalam penghasilan minyak dan gas di Nigeria.
A
A
A

WARRI - NIGERIA.Dua pekerja syarikat minyak Shell dilaporkan diculik sementara polis pengiring mereka terbunuh dalam kejadian di Rivers, Nigeria, kata pihak polis hari ini.

Ketika serangan di Rumuji khamis lalu, rombongan pekerja syarikat minyak Royal Dutch Shell itu dalam perjalanan pulang setelah mengadakan lawatan ke negeri Bayelsa, apabila ia diserang hendap penculik bersenjata.

Dua anggota polis pengiring maut ditembak sementara dua pekerja terbabit diheret keluar dari kenderaan oleh kumpulan penculik.

Syarikat Pembangunan Petroleum Shell Nigeria (SPDC) mengesahkan serangan terbabit, namun tidak memberi butiran lanjut berkaitan mangsa termasuk kewarganegaraan mereka.

"Usaha kini giat dijalankan bagi menyelamatkan mangsa daripada penculik," kata jurucakap polis Rivers, Omoni Nnamdi.

Menurutnya, kebanyakan mangsa dibebaskan dalam masa beberapa hari selepas bayaran tebusan diterima. - AFP

Artikel Berkaitan: