Tumpu masalah ekonomi dulu: Anwar

Anwar (tengah) pada sidang media di Hotel Perdana di sini, hari ini.
Anwar (tengah) pada sidang media di Hotel Perdana di sini, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi berbanding mencadangkan pengguguran status kaum dalam kad pengenalan.

Menurutnya, perkara tersebut bukanlah satu isu 'pokok' yang melanda rakyat Malaysia kini, sebaliknya banyak lagi perkara lain yang perlu diberikan perhatian.

Itu pandangan dia, dalam negara ini, isu itu (kad pengenalan) bukan isu pokok. Yang penting ialah ekonomi dulu yang kita kena selesai.

"Tapi, dia nak bercakap, takkan kita nak larang, dalam negara demokratik ini kita harus beri ruang orang bercakap. saya bagi nasihat, tumpu masalah rakyat dan ekonomi," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama pimpinan PH Kelantan di Hotel Perdana, hari ini.

Rabu lalu, Hock Cheh yang juga Senator dalam sidang Dewan Negara berkata, sebab-sebab yang menghalang perpaduan di negara ini berlaku apabila setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.

Bagaimanapun, cadangan peguam itu untuk menggugurkan status itu mendapat kritikan dan pandangan yang berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan: