Lewandowski tekad kalahkan Real Betis

Lewandowski harap rakan sepasukan lebih tenang berdepan Real Betis dalam aksi La Liga Ahad ini. - Foto Agensi
Lewandowski harap rakan sepasukan lebih tenang berdepan Real Betis dalam aksi La Liga Ahad ini. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Robert Lewandowski dan Barcelona mahu melakar impak positif dalam perhitungan dengan Real Betis awal pagi Ahad ini ketika mereka dalam pengembaraan menuju gelaran La Liga musim ini.

Skuad bimbingan Xavi Hernandez ketika ini 11 mata di puncak liga dan semakin menghampiri gelaran liga pertama sejak 2019.

Bagaimanapun di atas kertas, mereka hanya meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini.

Lewandowski meraih permulaan musim yang positif dan menjadi penjaring terbanyak dengan 18 jaringan, namun untuk aksi La Liga musim ini, dia hanya menyumbat lima gol.

“Kami berada di posisi yang baik. Kami mempunyai dua perlawanan di laman sendiri dan perlu cuba bermain dengan baik.

“Kami juga perlu memikirkan mengenai apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik dalam baki tujuh perlawanan akan datang,” kata Lewandowski.

Justeru penyerang Poland mahu rakan sepasukan lebih tenang untuk mengharungi baki saingan liga musim ini.

“Kami tidak mempunyai kesabaran untuk mencipta peluang dan mencipta serangan. Kami perlu lebih tenang,” katanya.