Anwar doa Erdogan terus kuat, kesihatan bertambah baik

Anwar menzahirkan harapan agar Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menzahirkan harapan agar Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, Anwar berkongsi, beliau sempat bercakap dengan Erdogan malam tadi.

"Alhamdulillah beliau (Erdogan) bertambah sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan,” menurut catatan itu.

Rabu lepas, media antarabangsa melaporkan wawancara Presiden Turkiye itu dengan penyiar tempatan pada malam hari Selasa secara tiba-tiba terganggu apabila beliau berasa tidak sihat semasa acara langsung berkenaan kerana mengalami selesema perut, yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Menurut laporan itu, wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden. - Bernama