Dzulkefly optimis ekonomi rancak dalam enam bulan

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
A
A
A

SEMENYIH - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau optimis ekonomi negara kembali rancak dengan pelaburan domestik dan luar turut kembali melonjak dalam enam bulan akan datang berikutan negara telah melepasi fasa pemulihan.

"Rakyat sebenarnya sudah memahami sepuluh bulan lalu beberapa projek dibekukan adalah kerana kita mahu menyemak semula dengan melakukan rundingan dengan kontraktor untuk memastikan kosnya munasabah.

"Oleh itu industri pembinaan tergendala seketika dan telah memberi ‘multiple effect’ kepada sektor lain.

“Namun kita sudah melepasi fasa itu dan saya yakin dalam tempoh enam bulan ke setahun yang akan datang, kita akan memacu ekonomi yang sangat rancak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sihat Selangor Insan Sejahtera di Setia Ecohill, hari ini.

Beliau mengulas mengenai hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center yang dikeluarkan semalam yang menyebut bahawa kadar puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot dari 79 peratus pada Mei tahun lalu kepada 39 peratus Mac lepas.

Dzulkefly menambah beliau turut berhubung dengan pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Tony Pua yang memaklumkan strategi pemulihan yang dilaksanakan kerajaan PH telah menampakkan kesan positif kepada ekonomi. – Bernama

Artikel Berkaitan: