Tinjauan ke lokasi tanah runtuh

A
A
A

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pegawai Keselamatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin hari ini.

Kejadian kira-kira 1.30 tengah hari semalam, melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.