Inisiatif kedutaan ubat kerinduan perantau

Sambutan Aidilfitri di Vientiane mempromosikan budaya masyarakat majmuk Malaysia. (Gambar kecil: Sazali (kiri), Edi)
Sambutan Aidilfitri di Vientiane mempromosikan budaya masyarakat majmuk Malaysia. (Gambar kecil: Sazali (kiri), Edi)
A
A
A

PUTRAJAYA - Bagi memeriahkan perayaan hari raya dalam kalangan kakitangan dan rakyat Malaysia di perantauan, beberapa pejabat kedutaan dan perwakilan Malaysia di luar negara mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Aidilfitri.

Duta Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata, sambutan Aidilfitri diadakan di pejabat kedutaan di Ankara saban tahun.

“Selain mengeratkan hubungan dengan 830 orang rakyat kita di sini, sambutan ini adalah sebagai penguat rindu buat kami yang jauh dari tanah air,” katanya kepada Sinar Harian.

Berkumpul bersama di pejabat kedutaan di Ankara, Turkiye bagi menikmati juadah tradisional
Berkumpul bersama di pejabat kedutaan di Ankara, Turkiye bagi menikmati juadah tradisional

Jelas beliau, terdapat seramai 140 rakyat Malaysia yang bekerja di Turkiye, manakala selebihnya 580 adalah pelajar.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud berkata, selain mengeratkan silaturahim, sambutan ini juga dapat memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat Malaysia kepada orang luar.

Menurutnya, seramai 253 rakyat Malaysia kini berada di negara tersebut.

“Dianggarkan sekitar 200 orang bekerja di Laos yang terlibat dalam pelbagai sektor industri, antaranya perbankan, food and beverage (F&B), perlombongan, pendidikan dan pertanian,” katanya.