Tempahan hotel 'si bulus' penuh sepanjang Syawal

Kucing yang akan menginap di hotel perlu sihat dan sudah divaksin bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit.
Kucing yang akan menginap di hotel perlu sihat dan sudah divaksin bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit.
A
A
A

KOTA BHARU - "Maaf, penuh." Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh rata-rata pemilik hotel kucing apabila didatangi atau menerima panggilan telefon daripada pemilik si bulus.

Permintaan yang tinggi menyebabkan pengusaha penginapan tersebut tidak menang tangan sepanjang Syawal ini.

Ia diakui sendiri oleh Pengurus, CATel Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Murshidah Mohd Asri yang mengatakan bahawa trend meletakkan kucing di hotel semakin meningkat selepas Covid-19.

Dr Murshidah (kiri) melakukan pemeriksaan terhadap kucing sebelum dan selepas menginap di hotel.
Dr Murshidah (kiri) melakukan pemeriksaan terhadap kucing sebelum dan selepas menginap di hotel.

"Semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ramai yang memilih untuk memelihara haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini. Apabila kita beralih kepada fasa endemik, bebas bergerak, ramai yang terpaksa meletakkan haiwan kesayangan mereka itu di hotel," katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, disebabkan itu hotel kucing bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana permintaan tinggi daripada orang ramai.

Taman permainan juga turut disediakan bagi mengelakkan kucing yang menginap di hotel bosan.
Taman permainan juga turut disediakan bagi mengelakkan kucing yang menginap di hotel bosan.

Dr Murshidah memberitahu, untuk Syawal kali ini kesemua 15 sangkar yang ada di CATel UMK telah ditempah awal oleh pemilik haiwan berkenaan.

Menurutnya, dengan bayaran serendah RM15 sehari pemilik boleh pulang beraya di samping keluarga tercinta dengan tenang.

Dr Murshidah sedang melakukan pemeriksaan terhadap kucing yang menginap di hotel.
Dr Murshidah sedang melakukan pemeriksaan terhadap kucing yang menginap di hotel.

"Cuma kami tetapkan syarat, iaitu kucing yang akan menginap di hotel ini perlu sihat dan sudah divaksin bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit.

"Di sini kucing bukan sekadar dikurung di dalam sangkar, tetapi mempunyai waktu khas untuk bermain, dibersihkan dan sebagainya," katanya.

Paling lama tempoh kucing tinggal di penginapan tersebut ialah seminggu.
Paling lama tempoh kucing tinggal di penginapan tersebut ialah seminggu.

Tambah beliau, doktor juga akan memantau keadaan kucing semasa masuk dan keluar hotel dengan menimbang berat badan dan lain-lain.

Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar itu memberitahu, paling lama tempoh kucing tinggal di penginapan tersebut ialah seminggu.

Sementara itu, kakitangan Whiskers Pet House Cawangan Kok Lanas, Muhammad Umar Mohd Azhar, 22, berkata, pihaknya tidak menang tangan memenuhi permintaan pemilik kucing yang inginkan keselesaan terhadap haiwan bulus kesayangan.

Muhammad Umar memastikan sangkar bersih untuk menyambut kemasukan si bulus menjelang Syawal ini.
Muhammad Umar memastikan sangkar bersih untuk menyambut kemasukan si bulus menjelang Syawal ini.

"Setakat ini kesemua hotel cawangan kami di Pasir Puteh, Bachok, Jertih dan Besut, Terengganu telah penuh ditempah.

"Di sini (Kok Lanas) masih ada enam kekosongan, namun beberapa hari sebelum tibanya Syawal nanti ia pasti akan penuh," ujarnya.

Menurut beliau, hotelnya mengenakan bayaran RM15 termasuk makanan dan RM12 tanpa makanan.

Permintaan yang tinggi menyebabkan pengusaha hotel kucing tidak menang tangan sepanjang Syawal ini.
Permintaan yang tinggi menyebabkan pengusaha hotel kucing tidak menang tangan sepanjang Syawal ini.

Tambahnya, si bulus perlu berada dalam keadaan sihat dan pernah menerima sekurang-kurangnya dua kali vaksin.

Muhammad Umar memberitahu, tempoh paling lama seekor kucing akan berada di hotel tersebut ialah dua minggu.