Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kenyataan Muhyiddin cenderung galak permusuhan' - Anwar

20 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 APRIL 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan bahawa, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kecenderungan untuk menggalakkan perasaan niat jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang awam dan calon pilihan raya ketika mengundi.

Menerusi jawapan kepada pembelaan difailkan menerusi Tetuan SN Nair pada 16 Februari lalu, Anwar selaku plaintif berkata, Muhyiddin sebagai defendan tidak berhak untuk bergantung kepada pembelaan bersyarat kerana perkataan fitnah tersebut telah diungkapkan secara sengaja dan sewenang-wenangnya.

Tambah Datuk Seri Anwar, defendan perlu dedahkan kepada mahkamah mengenai identiti Pegawai Negeri Selangor yang didakwa dalam penyataan pembelaan tersebut.

Tanpa maklumat berkenaan, pegawai yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pagoh itu, seakan rekaan semata-mata.

Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 20 Disember lalu susulan dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Kenyataan berbaur fitnah itu didakwa dikeluarkan di 'Grand Finale PN Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim sewaktu kempen PRU15 pada 5 Disember 2022.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin menegaskan Anwar selaku ketua Kerajaan Perpaduan, pemimpin Pakatan Harapan dan Perdana Menteri tidak harus tersinggung terhadap kritikan dan pertanyaan yang dibangkitkan dalam ceramah politik.

Artikel: https://bit.ly/3onzTYJ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian