Derma sambil membeli menu air tangan diraja

Raja Perempuan Tengku Anis berkenan membeli hasil air tangan Che Puan Sofie Louise sempena Program Beli dan Makan Sambil Menderma.
Raja Perempuan Tengku Anis berkenan membeli hasil air tangan Che Puan Sofie Louise sempena Program Beli dan Makan Sambil Menderma.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengunjung bazar Ramadan di Mydin Mall, Tunjong di sini teruja dapat bersama keluarga diraja Kelantan yang berkenan bertemu orang ramai sempena Program Beli dan Makan Sambil Menderma.

Pada program itu juga, Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra berkenan menjual menu hasil air tangannya iaitu Sweedish chocolate balls dan Sweedish Chicken Curry.

Sementara itu, bonda Sultan Kelantan, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkenan memasak ayam Korea dan bakwan yang terus dijual kepada orang ramai.

Turut mencemar duli menyokong jualan amal itu ialah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah yang berkenan membeli menu dan didermakan kepada pengunjung bazar Ramadan.

Baginda turut mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak di tapak bazar berkenaan.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui tidak melepaskan peluang membeli untuk menyumbang kepada golongan memerlukan.

Norzulita bertuah kerana dapat membeli hasil air tangan diraja sambil menderma.
Norzulita bertuah kerana dapat membeli hasil air tangan diraja sambil menderma.

Peniaga bazar Ramadan, Muhammad Nur Ilman Mohamed Shukree, 27, membeli dua bekas sweedish chocolate balls pada harga RM20 untuk mencuba resipi diraja itu.

"Selain menderma, saya mahu merasai sendiri resipi daripada air tangan Che Puan Mahkota Kelantan. Lagipun saya rasa sukar mendapatkan resipi asli Sweeden di sini," katanya.

Sementara itu, pengunjung bazar, Norzulita Ismail, 31, juga menderma melalui pembelian Swedish chicken curry berharga RM10.

Norzulita yang juga seorang guru memberitahu, kebetulan dia bersama suami dan anak datang ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

"Kami bertuah kerana pada masa sama boleh mencuba menu istimewa Che Puan Mahkota Kelantan," katanya.

Farazila (kiri) berpendapat harga makanan yang dijual berpatutan.
Farazila (kiri) berpendapat harga makanan yang dijual berpatutan.

Bagi kakitangan swasta, Farazila Hassan, 34, tiga menu yang dibeli pada harga RM25 sangat berbaloi dan berpatutan.

"Saya tidak melepaskan peluang mendapatkan minuman mango float, Swedish chicken curry dan Sweedish chocolate balls," katanya.

Dia dan rakannya, Wan Nur Sabrina Wan Azahar, 25, mengakui sentiasa mahu mencuba menu baharu yang ditemui mereka.