Sila log masuk terlebih dahulu.

Azmizan tak menang tangan terima lebih 1,000 tempahan

26 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 26 APRIL 2023

Hasrat ingin membangkitkan nostalgia pelita raya berjaya mengubah kehidupan seorang pemandu lori apabila dia kini mampu meraih pendapatan menerusi jualan pelita buluh yang dihasilkan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Perniagaan pelita buluh yang dibuat di Kampung Merchang, Marang itu dimulakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu.

Bermula dengan hanya menempah sebatang buluh untuk dijadikan pelita, Mohamad Azmizan Abdul Ghani kini tidak menang tangan melayan lebih 1,000 tempahan sepanjang Ramadan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com