KL City bangkit jinakkan KDA di Alor Setar

Pemain KDA FC, Bojan Ciger berjaya menewaskan penjaga gol KL City FC, Muhammad Azri Ab Ghani dengan menjaringkan gol kedua pasukan pada Perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. - Foto: Bernama
Pemain KDA FC, Bojan Ciger berjaya menewaskan penjaga gol KL City FC, Muhammad Azri Ab Ghani dengan menjaringkan gol kedua pasukan pada Perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA Lumpur City FC (KL City) bangkit menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-3 pada saingan Liga Super 2023 sekali gus membawa pulang tiga mata dari Stadium Darul Aman pada malam Selasa.

Ketua pasukan KL City, Paulo Josue meletakkan pelawat di hadapan 0-1 seeawal minit ke-10 selepas menerima hantaran Tchetche Kipre.

Tersentap dengan jaringan itu, Sang Kenari kembali menyusun serangan dan kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-24 menerusi Jonathan Balotteli.

Jaringan penting tuan rumah itu terhasil melalui larian solo Balotelli yang berjaya melepasi pemain pelawat selepas menerima hantaran kemas Ariff Farhan.

Jaringan penyamaan menyemarakkan semangat pemain KDA FC dan mereka berjaya berada di hadapan dengan kedudukan 2-1 pada minit ke-30 hasil tandukan Bojan Ciger selepas menerima sepakan percuma Lee Tuck.

Pada separuh babak kedua, pelawat mengandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas Romel Romales bijak menanduk masuk gol hantaran Kipre pada minit ke-48.

KL City yang semakin menguasai perlawanan berjaya kembali di depan dengan jaringan 2-3 pada minit ke-74 menerusi penyerangnya yang baru dibawa masuk, Herlison Caion.

Sang Kenari yang berusaha memperbaiki dan memburu gol penyamaan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata namun keputusan itu kekal sehingga ke wisel penamat.