Jualan Khas Syawal Madani raih RM4.5 juta - Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) membuat lawatan ke tapak jualan Syawal Madani sempena Program Jelajah Semarak Ramadan Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA) di pekarangan Masjid Al-Najihin Padang Sedang dekat Pulau Sebang. - Foto Bernama
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) membuat lawatan ke tapak jualan Syawal Madani sempena Program Jelajah Semarak Ramadan Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA) di pekarangan Masjid Al-Najihin Padang Sedang dekat Pulau Sebang. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Jualan Khas Syawal Madani yang bermula Sabtu lepas berjaya mencatatkan RM4.5 juta nilai jualan, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, nilai tersebut adalah hasil penglibatan 1,462 usahawan di 38 lokasi bagi outlet pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara.

"Melihat kepada perkembangan positif yang dicatat hanya dalam tempoh tiga hari ini, kita akan teruskan program sebegini pada perayaan utama lain seperti Aidiladha, Deepavali dan Krismas.

"Pada masa sama, sasaran untuk mencapai RM13 juta nilai jualan juga mampu direalisasikan dalam tempoh dua hari lagi (menjelang Syawal),” katanya kepada media pada Program Jelajah Ramadan Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan bersama usahawan Melaka di Padang Sebang di sini pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari dan Pemangku Ketua Pengarah FAMA Rashid Bahri.

Beliau berkata, secara keseluruhan FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM13 juta yang melibatkan 113 outlet pemasaran.

Mohamad menjelaskan pihaknya juga merancang untuk meneruskan dengan program jualan terus dari ladang dan Jualan Agro Madani dengan menyasarkan 2,000 outlet selepas Syawal ini.

Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 160 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan kakitangan FAMA menerima sumbangan berupa kit makanan, di samping 40 orang anak yatim dan 20 ibu tunggal yang turut menerima sumbangan duit raya. - Bernama.