Perhimpunan besar-besaran di London protes 'dasar apartheid' Israel

Satu perhimpunan besar-besaran berlangsung di tengah London pada Ahad membantah 'dasar apartheid' Israel terhadap rakyat Palestin. Foto Twitter Agensi Aanadolu
Satu perhimpunan besar-besaran berlangsung di tengah London pada Ahad membantah 'dasar apartheid' Israel terhadap rakyat Palestin. Foto Twitter Agensi Aanadolu
A
A
A

LONDON - Satu perhimpunan besar-besaran berlangsung di tengah London pada Ahad membantah 'dasar apartheid' Israel terhadap rakyat Palestin.

Orang ramai berkumpul di luar Pejabat Dalam Negeri menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan membawa papan tanda dengan slogan termasuk "Kebebasan untuk Palestin," "Boikot Apartheid" dan "Berhenti Membunuh Rakyat Palestin."

Beberapa orang Yahudi Ortodoks turut serta dalam protes anjuran Jawatankuasa Keadilan untuk Palestin sebagai sebahagian daripada Hari Al-Quds tahunan, menurut Anadolu Agency.

Some Orthodox Jews were among those attending the protest, which was organised by the Justice for Palestine Committee as part of the annual Al-Quds Day, according to Anadolu Agency.

Orang ramai kemudian berarak ke arah Pejabat Perdana Menteri, Downing Street, sambil melaungkan slogan menentang dasar Israel terhadap rakyat Palestin.

"Bebaskan Palestin!" adalah antara slogan yang dilaungkan kumpulan yang membawa bendera Palestin.

"Free Palestine!" was among the slogans chanted by the group with Palestinian flags. - Bernama