Isu penerbangan: Adu terus kepada Mavcom

Pengguna yang mempunyai masalah dengan perkhidmatan penerbangan boleh membuat aduan kepada Mavcom. - Foto Bernama
Pengguna yang mempunyai masalah dengan perkhidmatan penerbangan boleh membuat aduan kepada Mavcom. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengguna yang mempunyai masalah berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan diminta membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN.

Ia selaras dengan pindaan Akta perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99(1)(c).

KPDN menyeru semua pengguna untuk menyimpan, merekodkan semua transaksi apabila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada Mavcom berserta dengan bahan bukti melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel enquiries@flysmart.my.

Kementerian itu berkata, segala aduan yang KPDN terima selama ini telah dimajukan kepada Mavcom untuk tindakan selanjutnya.