Bibir Sane bengkak ditumbuk Mane

Bibir Sane yang bengkak selepas ditumbuk Mane.
Bibir Sane yang bengkak selepas ditumbuk Mane.
A
A
A

LEROY Sane muncul dengan bibir yang bengkak ketika perlawanan menentang Hoffenheim selepas pemain sayap Bayern Munich itu terlibat insiden ditumbuk rakan sepasukan Sadio Mane.

Sane dinamakan dalam kesebelasan utama Bayern dalam perlawanan liga di tempat sendiri menentang Hoffenheim - perlawanan pertama mereka sejak insiden tersebut semasa kekalahan kepada Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Pengendali Bayern, Thomas Tuchel mengesahkan bahawa Mane akan terlepas satu perlawanan sebagai hukuman dan penyerang Senegal berusia 31 tahun itu boleh beraksi untuk perlawanan timbal balik menentang Man City.

Dalam perlawanan menentang Hoffenheim itu, jelas kelihatan bekas luka di bibir Sane dengan bahagian atas bibirnya itu bengkak.

Bagaimanapun, insiden antara kedua-dua pemain itu dilaporkan sudah selesai dan Sane juga sudah memaafkan Mane.

Bayern hanya mampu seri 1-1 menentang Hoffenheim menyebabkan kedudukan mereka di kedudukan teratas Bundesliga agak goyak dan dikejar Borussia Dortmund.

Bayern Munich kini mengumpul 59 mata dari 28 perlawanan dan hanya dibezakan dua mata dengan Dortmund.