Polis Selangor rampas mercun RM2.25 juta

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis merekodkan rampasan mercun dan bunga api bernilai RM2.25 juta di seluruh Selangor sejak Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menjalankan sebanyak 107 pemeriksaan penjualan mercun dan bunga api.

Menurutnya, 13 daripadanya membawa kepada rampasan bernilai RM2.25 juta.

“Pihak polis sentiasa melakukan pemeriksaan dan serbuan bagi mengesan penjualan tanpa kelulusan,” katanya.

Hussein berkata, untuk rekod, setakat Jumaat, sebanyak 2,258 permohonan menjual mercun dan bunga api diluluskan di seluruh Selangor melibatkan 16 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Katanya, paling banyak adalah di IPD Klang Utara, Klang Selatan, Kajang, Kuala Langat dan Kuala Selangor iaitu sekitar 250 hingga 300 kelulusan.

Tambahnya, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dan prihatin kepada jiran tetangga serta harta benda awam agar tidak membakar mercun secara salah.