Sila log masuk terlebih dahulu.

Sanusi tidak dijemput hadiri majlis iftar kerajaan Persekutuan

14 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 APRIL 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi tidak dijemput untuk hadiri majlis anjuran kerajaan Persekutuan sebagai ketua kerajaan negeri.

Beliau berkata, ia hanyalah perkara kecil dan sedikit pun tidak berkecil hati susulan tiada jemputan dihantar ke Pejabat Menteri Besar Kedah.

Menurutnya, jemputan sewajarnya dilakukan sekiranya melibatkan urusan rasmi atau program berkaitan pentadbiran.

Terbaharu, Muhammad Sanusi tidak terima jemputan untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), Sungai Petani pada Jumaat.

Program berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, ADUN Jeneri itu memberitahu, beliau tidak dimaklumkan mengenai kehadiran Anwar ke Kedah untuk menjayakan program iftar tersebut.

Artikel: https://bit.ly/3obbUfj

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian