TNB sedia RM40,000 bantu 200 murid di Pahang

Johari Harun (dua dari kiri) dan Baderul Sham (tiga dari kiri) pada Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2023 peringkat negeri Pahang di SK Janda Baik.
Johari Harun (dua dari kiri) dan Baderul Sham (tiga dari kiri) pada Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2023 peringkat negeri Pahang di SK Janda Baik.
A
A
A

KUANTAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan RM40,000 bagi membantu seramai 200 murid sekolah luar bandar menerusi program 'Back to School' tahun ini.

Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad berkata, peruntukan itu diberikan kepada murid di tiga daerah di Pahang membabitkan sepasang pakaian seragam sekolah, beg, kasut dan alat tulis bernilai RM200.

"Seramai 50 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Terisu, Cameron Highlands dan SK Janda Baik, Bentong (50 murid) dan 100 murid SK Tanjung Gahai, Lipis menerima bantuan berkenaan.

"Kita harap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB 2023 peringkat Pahang di SK Janda Baik dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Dalam pada itu, Baderul Sham berkata, dalam tempoh 9 tahun sejak 2013, seramai 1,254 murid di Pahang membabitkan lapan kawasan di Rompin, Bera, Cameron Highlands, Temerloh, Bentong, Jelai, Janda Baik dan Raub menerima sumbangan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM230,600.

"Tahun ini TNB menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk diagihkan kepada 2,500 murid keluarga B40 di seluruh negara," ujarnya.