Jacky galas posisi Justin di Kemboja 2023

Jacky Kok Jing Hong
Jacky Kok Jing Hong
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong dipilih bagi menggantikan tempat Justin Hoh dalam skuad badminton ke Sukan SEA Kemboja 2023.

Justin sebelum itu terpaksa dilepaskan daripada menyertai kontinjen negara ke Kemboja berikutan kecederaan achilles tendon kiri yang dialami pemain berusia 19 tahun itu ketika menjalani latihan pada Isnin.

Jing Hong menghuni ranking ke-156 dunia dijangka 'berehat' selama enam bulan sebelum pulih sepenuhnya.

“Jing Hong telah menunjukkan dirinya ketika latihan. Ini adalah peluang terbaik buat dirinya untuk meningkat naik dalam temasya itu,” kata Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam kenyataan di media sosial.

Sebagai rekod, temasya Sukan SEA 2023 dijadualkan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei.

Pada bulan lalu, BAM mengumumkan Justin, Leong Jun Hao dan Ong Ken Yen memikul cabaran negara dalam perseorangan lelaki di temasya dwitahunan itu.

Sebagai rekod, edisi Hanoi Vietnam sebelum ini skuad badminton negara membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa.