Perdana Menteri timang cucu ke-12

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, pada Rabu. - Foto Facebook Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, pada Rabu. - Foto Facebook Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, pada Rabu.

Khabar gembira itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook.

"Alhamdulillah!.

"Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda (Nurul) Ilham dan Luqman Watanabe. Cucunda saya dan (isteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” katanya.

Nurul Ilham, anak keempat daripada enam adik beradik berkahwin dengan Mitsuru Luqman Watanabe pada Disember 2018. - Bernama