Sila log masuk terlebih dahulu.

Niat beramal, peniaga jual roti john RM1

12 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 APRIL 2023

Tidak mahu ketinggalan untuk beramal pada bulan Ramadan, seorang peniaga roti john di bazar Ramadan Putra Point Nilai, Nilai menjual juadah tersebut dengan harga RM1, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Syamillah Zulkifli.

Setiap hari, sebanyak 150 roti john harga Rahmah dijual Mohd Tarmimi Mohd Sharap kepada pelanggan.

Menurutnya, menjadi rutinnya sejak lima tahun berniaga di bazar Ramadan untuk menjual menu roti john dengan harga mampu milik.