Lelaki ditahan bawa mercun, bunga api

Antara mercun dan bunga api yang dirampas oleh polis dalam kejadian terbabit.
Antara mercun dan bunga api yang dirampas oleh polis dalam kejadian terbabit.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM7,000 ditahan polis berdekatan Shahab Perdana, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menahan kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki terbabit pada jam 3.30 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam kenderaan terbabit berjaya menjumpai 279 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis yang tidak mempunyai permit sah di sisi undang-undang.

"Suspek berusia 27 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua mercun dan bunga api terbabit dirampas," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Pemeriksaan lanjut polis dalam kereta terbabit menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit sah.
Pemeriksaan lanjut polis dalam kereta terbabit menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit sah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

"Pihak polis ingin menegaskan bahawa individu yang ingin membawa atau menjual barang-barang terbabit perlulah mempunyai permit yang sah terlebih dahulu," katanya.