Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua lelaki gagal bawa bekalan kepada 18,000 penagih

11 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Polis Kelantan berjaya menggagalkan tindakan dua lelaki membawa bekalan dadah jenis pil yaba kepada 18,000 penagih di Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas pada Ahad, lapor Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Bertindak atas maklumat kedua-dua lelaki yang merupakan penganggur berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan pada jam 4.15 pagi dan salah seorang daripada mereka merupakan warga Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas motosikal yang dinaiki mereka membawa kepada penemuan satu plastik warna ungu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com