Sila log masuk terlebih dahulu.

SKMM siasat aduan video raya Aliff Syukri

10 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) teliti aduan diterima berhubung kandungan video teaser hari raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Pihaknya terima tiga aduan orang awam terhadap video tular terbabit paparkan usahawan itu bersama penari latar berpakaian dan menari yang dikatakan secara tidak sopan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

SKMM sedang teliti aduan terbabit dan sekiranya kandungan diadukan melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588), tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen terbabit, individu itu boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini Aliff Syukri sekali lagi undang perhatian selepas sedutan klip video bertemakan Aidilfitri berjudul Cak Kun Cak Raya terima pelbagai reaksi masyarakat.

Pada Aidilfitri tahun lalu, usahawan itu juga pernah mencetuskan kontroversi dengan klip video hari raya bersama sekumpulan penari lelaki berperwatakan lembut.

Artikel: https://bit.ly/3mtaZpQ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com