Sila log masuk terlebih dahulu.

Hormat UMNO, MCA tiada halangan

10 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

MCA menghormati keputusan UMNO yang ingin memohon pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang dipenjarakan berhubung kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd., lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu merupakan hak setiap individu seperti tertakluk dalam Perlembangaan Negara.

Pada Jumaat, MKT UMNO membuat keputusan memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata, ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian