Agrobank raikan asnaf Sabah

Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin bermesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.
Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin bermesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.
A
A
A

AGROBANK telah meraikan dan menyantuni 60 asnaf sempena Ramadan dan Syawal pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporatnya.

“Golongan asnaf ini tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis itu juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu, pada Ahad.
Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu, pada Ahad.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, selain majlis berbuka puasa, Agrobank turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Anak Kesayangan Sabah dan pusat Tahfiz Ar Rahmah untuk membantu kos penyelenggaraan operasi masing-masing.

“Golongan asnaf yang hadir juga menerima duit raya berjumlah hampir RM10,000 secara keseluruhan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Agrobank turut memaparkan tayangan perdana drama pendek Aidilfitri bertajuk ‘Lebaran Yang Dirindukan’.

Tengku Ahmad Badli Shah (kiri) kepada wakil Pusat Tahfiz Ar Rahmah (kanan) dan disaksikan oleh Foong Hin pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.
Tengku Ahmad Badli Shah (kiri) kepada wakil Pusat Tahfiz Ar Rahmah (kanan) dan disaksikan oleh Foong Hin pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

Drama pendek itu mengangkat tema hubungan kekeluargaan selain elemen Keterjaminan Makanan turut diselitkan.

Ia dapat ditonton melalui media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula Selasa, 11 April 2023.

Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Agrobank telah melancarkan kempen ‘Ramadan Disyukuri, Syawal Dirahmati’ pada 10 Mac lepas yang memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM75,000 kepada peniaga bazar Ramadan sempena bulan Ramadan.

“Kami menjangkakan menerima 2,000 permohonan pembiayaan dari seluruh negara. Kepada usahawan yang berminat mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut di cawangan Agrobank yang terdekat,” katanya.