Itik liar ditemui masih hidup selepas pisau tertikam di leher

Itik liar masih hidup walaupun pisau tertikam di lehernya. - Agensi
Itik liar masih hidup walaupun pisau tertikam di lehernya. - Agensi
A
A
A

PARIS - Pasukan penyelamat haiwan di Brittany, Perancis dikejutkan dengan penemuan seekor itik liar yang masih hidup selepas pisau tertusuk di lehernya.

Itik yang diberi nama Donald the Duck oleh persatuan perlindungan hidupan liar, Pinocchio et Sauvageons telah menarik perhatian ramai orang apabila pemegang pisau merah masih melekat di leher haiwan yang di temui di Saint-Nolff, barat laut Perancis.

Malah itik itu seperti tidak terkesan dengan pisau di lehernya dan dilihat berenang bebas dengan itik lain selain makan secara normal.

Bagaimanapun, penyelamat haiwan Pinocchio et Sauvageon bimbang sekiranya pisau itu akan menyebabkan kecederaan lebih serius dan akhirnya itik itu akan mati.

Justeru, penyelamat menjalankan operasi menangkap itik selama beberapa hari telah berjaya dan melakukan pembedahan membuang pisau itu.

Bagi memastikan ia benar-benar selamat, persatuan tersebut memerhatinya beberapa hari selepas dibebaskan dan mujurlah ia masih hidup dan bebas berkumpul dengan itik lain.

Persoalan bagaimana pisau itu tertusuk di leher itik tersebut, Liga Perlindungan Burung memberitahu n Pinocchio et Sauvageon haiwan itu mungkin tertusuk pisau secara tidak sengaja.

Katanya, kemungkinan ada individu yang cuba menikamnya dan pisau itu tidak terkena organ penting yang menyebabkan ia dapat hidup sehingga hari ini. - Agensi