Berita gembira buat warga Felcra

Umum Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek di program Santunan Kasih Ramadan KKDW

A
A
A

Ahmad Zahid(tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil peserta Felcra.
Ahmad Zahid(tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil peserta Felcra.

JELEBU - Negeri Sembilan menjadi lokasi ke-11 Program Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah(KKDW) pada Khamis.

Program yang berlangsung meriah di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu itu dihadiri kira-kira 2,000 orang dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan turut hadir sekali gus menterjemahkan semangat Kerajaan Perpaduan.

Pada program itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan berita gembira buat peserta Felcra Berhad di seluruh negara iaitu seramai 68,437 peserta akan menerima Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182.7 juta.

Ahmad Zahid(tiga dari kanan) menyerahkan bantuan kit peralatan dan kursus ‘Quick Win’ KEMAS kepada wakil peserta.
Ahmad Zahid(tiga dari kanan) menyerahkan bantuan kit peralatan dan kursus ‘Quick Win’ KEMAS kepada wakil peserta.

Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta Felcra Berhad 2022 telah meningkat kepada RM501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM475,207,280, iaitu peningkatan sebanyak 5.54 peratus atau RM26,349,354.

Prestasi bayaran akhir ini dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz.
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz.

Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula 6 April 2023. Langkah Felcra Berhad yang terus membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan dilihat mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada para peserta.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM86,000 kepada masjid dan pusat Tahfiz sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Pertang dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan Ahmad Zahid.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan Ahmad Zahid.

Bagi membantu menjana pendapatan penduduk setempat pada musim perayaan ini pula, KKDW turut menyerahkan bantuan kit peralatan dan kursus ‘Quick Win’ KEMAS kepada 20 peserta dalam bidang jahitan, masakan, dandanan diri dan seni tangan yang nilai keseluruhan RM80,000.

Ahmad Zahid melambai kepada orang ramai di Program Santunan Kasih Ramadan.
Ahmad Zahid melambai kepada orang ramai di Program Santunan Kasih Ramadan.