Sila log masuk terlebih dahulu.

Tun M sering cakap Melayu malas - Anwar

07 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 APRIL 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia kemukakan bukti berhubung kenyataan dikeluarkan beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berunsur fitnah.

Datuk Seri Anwar juga Presiden PKR menyatakan, Tun Mahathir dilihat bawa terlalu banyak elemen negatif terhadap bangsa Melayu.

Jelas beliau, meskipun pentadbiran Tun Mahathir dilaksana dengan baik tetapi berlaku kerosakan yang agak banyak sekiranya ingin bercakap mengenai soal bangsa Melayu.

Tegas Datuk Seri Anwar, Tun Mahathir sering berkata Melayu malas malah tidak berterima kasih dan semua negatif itu tidak benar.

Beliau berkata demikian mengulas tuntutan Tun Mahathir sebelum ini yang memberi tempoh tujuh hari untuk beliau menarik semula kenyataannya atau behadapan tindakan undang-undang.

Pada 18 Mac lalu, Datuk Seri Anwar dalam ucapannya dilapor menyelar sikap seorang bekas pemimpin dilihat mengeluh dengan nasib orang Melayu dan mendakwa mereka tertindas di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Tidak menamakan secara khusus siapa individu terbabit, Datuk Seri Anwar hanya memberi gambaran dengan angka '22 tahun dan 22 bulan’ merujuk kepada tempoh pentadbiran.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian